Thursday, October 29, 2009

Mi Segera Sedap Berkhasiat!

PENGENALAN
Mi segera kerap menjadi pilihan makanan alternatif bagi semua golongan termasuklah golongan bujang mahupun berkeluarga. Ini kerana ianya sedap dan mudah untuk dihidangkan. Namun, kebanyakan mi segera yang ada di pasaran tidak mengandungi nilai khasiat yang baik dan diperlukan oleh tubuh badan. Pengambilan mi segera yang biasa terdapat di pasaran dengan terlalu kerap mendedahkan tubuh badan kepada pelbagai jenis penyakit kerana kebanyakannya hanya menumpukan kepada rasa yang sedap tanpa mengambilkira faktor kesihatan.

Oleh hal yang demikian, Mie Sehati Ginseng CNI dihasilkan bukan sahaja untuk menepati citarasa yang enak, malah juga mengandungi nilai khasiat yang tinggi. Anda mempunyai dua pilihan samada untuk menikmati rasa ayam bawang atau ayam soto.

KHASIAT YANG TERKANDUNG DI DALAM MIE SEHATI GINSENG CNI

1. Nilai kalsium menyamai segelas susu

Sepaket Mie Sehati Ginseng CNI mengandung kalsium yang setara dengan kalsium dalam 1 gelas susu. Kalsium sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan tulang dan gigi. Kalsium dalam Mie Sehati dapat memenuhi keperluan tubuh akan kalsium sebanyak 45-50 % AKG.

Berdasarkan hasil kajian Widyakarya Pangan dan Gizi LIPI tahun 2004, kanak-kanak berusia 1-6 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 mg, usia 7-9 tahun sebanyak 600 mg, dan usia 10-18 tahun sebanyak 1000 mg. Angka keperluan gizi ini adalah jumlah zat gizi yang dianjurkan untuk dimakan setiap hari untuk memelihara kesihatan tubuh secara optimal.

Sedemikian pentingnya manfaat kalsium untuk pertumbuhan anak, banyak ahli gizi menganjurkan anak untuk memenuhi keperluan kalsiumnya melalui susu karena dalam satu gelas susu terkandung kalsium sebesar 358 mg. Sayangnya, ada beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak tidak mahu meminum susu, contohnya tidak suka dengan rasanya atau karena mengidapi lactose intolerance. Jadi, CNI Mie Sehati dapat menggantikan peranan susu dalam hal memenuhi keperluan kalsium susu yang diperlukan oleh anak anda.

2. Mengandungi ginseng

Ginseng mengandungi banyak khasiat, dan telah digunakan oleh masyarakat Cina sejak lima ribu tahun dahulu. Nama botanikal ginseng, Panax Ginseng telah diberikan oleh seorang saintis Rusia pada 150 tahun yang lalu. Panax bermaksud “panacea” iaitu Penawar untuk semua jenis penyakit. Di antara khasiat ginseng adalah seperti berikut:

1. Memperlahankan penuaan; agar muda-remaja dan cergas
2. Meningkatkan pengeluaran sel darah merah
3. Meningkatkan tenaga, stamina dan ketahanan
4. Mencegah terkencing semasa tidur
5. Memulihkan masalah jantung, limpa dan menguatkan fungsi paru-paru
6. Menenangkan fikiran dan merangsang fungsi mental
7. Melancarkan perkumuhan disamping menghilangkan dahaga

3. Mengandungi oligosakarida

Kandungan oligosakarida pada Mie Sehati CNI dapat memberikan manfaat serat makanan bagi tubuh. Serat makanan sangat baik diambil untuk menjaga kesehatan pencernaan dan meningkatkan daya tahan tubuh.

KESIMPULAN

Jadi jika anda inginkan mi segera, pilihlah Mie Sehati Ginseng CNI, mi segera yang bermutu untuk diri anda sendiri dan keluarga tercinta!

Wednesday, October 28, 2009

GINSENG DAN PERUBATAN

PENGENALAN

Selain penggunaan royal jelly atau susu lebah dalam produk-produknya, CNI juga banyak mengunakan ginseng sebagai kandungan utama beberapa produk seperti kopi, teh, koko, mi sehati, dan sebagainya. Sebenarnya, khasiat kesihatan ginseng telah terbukti sejak dahulu lagi dan telah disahkan juga oleh kajian sains. Masyarakat Cina telah menggunakannya sejak lima ribu tahun dahulu. Ia telah dicatatkan dalam rekod perubatan Sheng Nong Beng Cao Jing sebagai herba perubatan yang disanjung tinggi dan boleh dimakan secara berterusan dan tidak mempunyai kesan sampingan toksid.

Nama botanikal ginseng, Panax Ginseng telah diberikan oleh seorang saintis Rusia pada 150 tahun yang lalu. Panax bermaksud “panacea” iaitu Penawar untuk semua jenis penyakit. Ginseng juga dikenali kerana khasiat penyuburnya di Yuan qi iaitu tenaga penjana kehidupan, memulihkan limfa dan menguatkan fungsi paru-paru, menenangkan fikiran dan merangsang fungsi mental. Memulihkan rasa lemah badan, melancarkan perkumuhan disamping menghilangkan dahaga.

Selepas bijinya ditanam, ginseng mengambil masa sekurang-kurangnya enam tahun untuk tumbuh, berbunga, berbuah, dan matang. Para peladang memetik kudup bunga ginseng sebelum ia sempat kembang dan berbuah supaya khasiat di dalam akarnya tidak digunakan untuk bunga dan buah. Bunga dan buah ginseng akan mengurangkan saiz dan berat akar lalu menurunkan harganya. Beberapa tahun kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan bahawa buah ginseng mempunyai khasiat kesihatan yang lebih daripada akarnya.

ASAL-USUL PENGGUNAAN GINSENG

Pada zaman dahulu, buah ginseng dihidangkan untuk raja-raja sahaja. Menurut rekod yang ada, semenjak dari Dinasti Tang lagi (618-907 sebelum Masihi), buah ginseng disajikan sebagai makanan pencuci mulut raja sahaja.

Li Shi Zhen dalam Grand Materia Medica Beng Cao Gang Mu menjelaskan,”…, akar ginseng ini berbentuk seperti manusia. Kemiripan ini menyebabkan ia dianggap mempunyai roh, lalu dinamakan ginseng, iaitu herba suci. Ia kononnya dikurniakan kuasa penghidup daripada syurga dan bumi. Ia juga dinamakan sebagai khasiat dalam tanah dan khasiat mukabumi”. Pada zaman dahulukala, manusia mengenali ginseng melalui bentuknya yang berupa manusia dan kerana kemujarabannya yang amat tinggi iaitu setinggi jarak bumi ke langit. Tu Jing Gang Mu menceritakan tentang kemujaraban ginseng, “dua orang lelaki sedia untuk berlumba lari. Seorang daripada mereka menggigit sehiris ginseng di mulutnya. Mereka berlumba sejauh 2-3 km. Lelaki yang tidak menghiris ginseng terus-terusan berusaha untuk menarik nafas, manakala lelaki yang menggigit ginseng bernafas seperti sediakala. Ini membuktikan khasiat ginseng”.

KEISTIMEWAAN BUAH GINSENG (RAJA GINSENG)

Baru-baru ini, buah ginseng telah menarik perhatian ramai kerana ia didapati mempunyai empat kali ganda lebih banyak saponin atau ginsenosides-fitokomia (kimia tumbuhan) di dalam ginseng berbanding dengan akar ginseng.Sekumpulan saponin memiliki tindakan merangsang (yang), manakala kumpulan lain mempunyai tindakan menstabilkan (Yin). Tindakan kedua-dua kumpulan saponin ini adalah diimbangi di dalam buah ginseng, yang membantu menambah kesihatan badan. Oleh kerana itu tidak dapat dinafikan kebanyakan khasiat ginseng datangnya daripada buah ginseng. Ini ditunjukkan oleh analisa berikut yang yang dijalankan oleh Profesor Kawamura daripada Pusat Penyelidikan Farmakologi Tokyo.

Kemujaraban buah ginseng bukan sahaja disebabkan oleh ketinggian kandungan saponinnya, malah kerana ketiadaan Rb l yang memanaskan. Ia memiliki saponin yang lebih berkhasiat iaitu Re yang tidak memanaskan badan. Kajian dan ujian klinikal telah membuktikan bahawa Rb l menaikkan paras kolesterol dalam darah manakala Re menurunkannya. Kajian tersebut juga menyimpulkan bahawa buah ginseng adalah mujarab untuk mengatasi sakit jantung dan masalah kepupusan fungsi otak. Ia juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko pengerasan salur darah.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Hiroshima menunjukkkan bahawa buah ginseng mengandungi 30 kali ganda lebih banyak saponin Re, bila dibandingkan dengan akarnya. Re merangsang penghasilan hormon pembesaran untuk membina semula atau mengganti tisu badan, mengaktifkan macrophage, iaitu sel darah putih yang menyingkirkan toksin dan menjalankan immunoglobulin termasuklah lgA, lgG, lgM iaitu antibodi yang menentang virus serta bakteria.

Saponin ginseng khasnya Re dan Rgl meningkatkan sintesis unsur genetik : DNA dan RNA yang diperlukan untuk metabolisma sel darah dan tisu badan. Ini dapat membantu melegakan masalah anemia di samping menguatkan otot serta membaiki kulit.

Buah ginseng adalah kaya dengan asid amino, vitamin dan zat galian. Jika dibandingkan dengan akar ginseng, buah ginseng didapati mengandungi 5.4 kali lebih banyak zink, 9 kali lebih banyak zat besi dan 2.6 kali lebih banyak manganis. Buah ginseng juga mengandungi lebih banyak potassium, kalsium, magnesium dan tembaga.

Kajian telah membuktikan bahawa kandungan saponin dan khasiat yang lebih tinggi telah menyebabkan buah ginseng lebih mujarab daripada akarnya. Ginseng dianggap sebagai Raja segala Herba, manakala buah ginseng sebagai Raja ginseng.

Berikut adalah ujian yang dilakukan ke atas binatang menunjukkan perbezaan apabila suntikan saponin daripada buah dan akar ginseng dibuat:

Stamina dan ketahanan dalam ujian berenang
Tanpa Sebarang Ginseng - 35 minit
Akar Ginseng - 74 minit
Buah Ginseng - 74 minit

Tempoh masa selamat semasa ketiadaan oksigen
Tanpa Sebarang Ginseng - 68 minit
Akar Ginseng - 136 minit
Buah Ginseng - 160 minit


KHASIAT DARIPADA SAPONIN BUAH GINSENG DALAM PERUBATAN

1. MEMPERLAHANKAN PENUAAN; AGAR MUDA-REMAJA DAN CERGAS

Saponin ginseng khasnya Re dan Rg l meningkatkan sintesis DNA dan RNA yang diperlukan untuk metabolisma sel darah dan tisu badan. Ini membantu melegakan masalah anemia disamping menguatkan otot dan membaiki kulit.

Dengan menyeimbangkan elektrolit dan mencegah pengeringan cecair badan, saponin ginseng barjaya mencegah kehilangan lembapan daripada kulit.Kesemua ini bertindak untuk melambatkan penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat, mempercepatkan penukaran sel yang lanjut usia, melancarkan penghasilan hormon pertumbuhan yang diperlukan untuk metabolisma sel, merangsang pertumbuhan rambut serta menghitamkan rambut beruban.

Kajian penyelidikan yang dijalankan di Intitut Penyelidikan Perubatan dan Farmakologi Cina, Institut Penyelidikan Perembesan Endokrin Shanghai, Institut Penyelidikan Penyakit Kardiovaskular Bandar Tianjin , telah menunjukkan bahawa saponin buah ginseng membantu mengatasi masalah diabetis dan pengerasan salur darah yang menjadi punca penyakit Senile Dementia, iaitu kepupusan fungsi otak di kalangan orang yang lanjut usia. Kajian juga telah menunjukkan bahawa saponin buah ginseng berjaya meningkatkan ingatan jangka pendek, kelajuan, ketajaman dan daya konsentrasi mental.

Institut Perubatan dan Farmakologi Cina telah menjalankan penyelidikan keatas kesan ginseng di dalam memperlahankan proses penuaan di kalangan lelaki dan wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Seramai 433 orang lelaki dan wanita mengambil 25 mg saponin buah ginseng tiga kali sehari manakal 327 orang lelaki dan wanita mengambil placebo (kapsul yang tidak mengandungi ubat). Selepas dua bulan, para penyelidik mendapati bahawa saponin buah ginseng memperlahankan proses penuaan. Ini ditunjukkan melalui peningkatan paras cAMP di dalam darah dan pengambilan oksigen di dalam otak. cAMP adalah unsur yang bertanggungjawab menghantarkan isyarat ke dalam sel untuk menggunakan oksigen dan unsur lain bagi menghasilkan tenaga.

Orang yang lanjut usia sering merungut kerana sering pening kepala, sakit dada, lesu, tiada selera makan dan sukar tidur lena. Dalam kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik Istitut Perubatan dan Farmakologi Cina ke atas 1,000 orang lanjut usia yang mengambil 150 mg saponin buah ginseng setiap hari selama dua bulan, dilaporkan bahawa ia berjaya melegakan tanda-tanda sakit tersebut dengan ketara.

Dengan mengambil 150 mg saponin buah ginseng selama dua bulan :
- Paras gula darah penghidap diabetis menurun sehingga 60% daripada paras sebelum memakan saponin buah ginseng.
- Mereka yang mempunyai paras kolesterol dan trigliserid yang tinggi mengalami penurunan yang ketara.

2. MENINGKATKAN PENGELUARAN SEL DARAH MERAH

Melalui kajian yang dijalankan ke atas kesan saponin buah ginseng terhadap masalah anemia, 75% daripada jumlah pesakit yang memasuki Hiospital Pertama yang berkait dengan Universiti Perubatan Zheijiang, telah beransur pulih.

Peningkatan kesihatan di kalangan pesakit di Sekolah Perubatan Suzhou pula dicatatkan sebanyak 52.3%. Sukatan yang diberikan ialah 100 mg saponin buah ginseng, dimakan 3 kali sehari selama 4 bulan.

3. MENINGKATKAN STAMINA DAN KETAHANAN

Saponin ginseng juga didapati boleh meningkatkan tenaga dan melegakan kelesuan yang kronik. Pelbagai ujian yang dijalankan ke atas ahli sukan telah menunjukkan bahawa ginseng berjaya meningkatkan prestasi mereka dengan ketara. Penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Widodo Prawirohardjono dari Fakulti Farmasi, Universiti Gadjah Mada telah menunjukkan saponin buah ginseng dengan ketaranya :

1. Memendekkan masa yang diambil oleh pelajar untuk menyudahkan larian turun-naik tangga.

2. Meningkatkan pengambilan oksigen semasa bernafas.

Sementara kajian yang dijalankan oleh Profesor Dr. Masahiro Uchikee, ketua Klinik kecantikan Akupuntur Ushikee, dan ketua anggota Penyelidik di Makmal Perubatan Barat dan Timur, Universiti Perubatan Tradisional Cina, Beijing telah membuktikan bahawa saponin buah ginseng mencegah pertambahan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan dalam bentuk lemak

Pelbagai kajian telah menunjukkanbahawa saponin buah inseng meningkatkan ketahanan pada altitud tinggi dengan paras oksigen yang rendah di udara.

4. MENCEGAH TERKENCING SEMASA TIDUR

Di dalam satu kajian yang dijalankan oleh Hospital Kilang Koc Chang Chun, seramai 20 oarang lelaki dan 22 orang wanita yang sering terkencing semasa tidur telah diberi makan saponin buah ginseng. Sukatan yang diberikan ialah 75-200 mg setiap hari, tertakluk kepada umur. Selepas dua bulan, 42% telah pulih sepenuhnya, 21% mengalami peningkatan yang ketara manakala 19% mendapati saponin buah ginseng ini membantu mengurangkan sedikit masalah terkencing semasa tidur. 18%tidak mengalami sebarang perubahan.

5. MEMULIHKAN MASALAH JANTUNG

Re menurunkan paras lipid ketumpatan rendah iaitu “kolesterol jahat” di dalam darah lalu mencegah timbunan lemak pada salur darah yang menghalang aliran darah serta meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Timbunan lemak yang dibentuk oleh kolesterol, bila beredar di dalam darah, akan melekat kepada protien. Ia bertindak bersama saponin lain untuk menormalkan tekanan darah, meningkatkan fungsi jantung serta melegakan arrhythmia, iaitu degupan jantung yang tidak teratur.

Di dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan dan Farmakologi Cina serta Institut Penyelidikan Penyakit Kardiovaskular Bandar Tianjin, seramai 107 orang lelaki dan wanita berusia di antara 17-79 tahun yang menghadapi masalah degupan jantung tidak teratur telah mengambil 25 mg saponin buah ginseng dua kali sehari di sepanjang tempoh dua minggu pemerhatian dibuat. Mereka yang tidak mengalami sebarang perubahan selepas dua minggu telah ditambahkan sukatannya kepada 50 mg, dan diambil dua kali sehari. Keseluruhannya dilaporkan mengalami peningkatan. 80% daripada mereka, kekerapan degupan jantung tidak teratur berkurangan sebanyak 50%. Manakala 20% daripada mereka, kekerapan
masalah itu menurun kurang daripada 50%

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai institut-institut penyelidikan perubatan, maka tidak dapat dinafikan bahawa ginseng mengandungi pelbagai khasiat yang boleh mencegah penyakit serta dapat menjaga kesihatan badan. Ia bukan sahaja digunakan untuk mengubati penyakit malahan dapat mengekalkan kecantikan diri seperti kulit, yang mana saponin ginseng boleh mencegah kehilangan lembapan daripada kulit serta dapat merangsang pertumbuhan rambut. Oleh kerana itu wajarlah jika ginseng ini diberi gelaran sebagai “Raja Herba” berdasarkan khasiat serta keberkesanannya dalam perubatan.

Monday, October 26, 2009

Kesihatan Mahkota Wanita

MASALAH KAUM WANITA PADA HARI INI:-

83% wanita seluruh dunia terdedah kepada jangkitan faraj yang boleh menyebabkan kanser pangkal rahim

62% daripada mereka adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang berkualiti rendah

Statistik Menunjukkan Penyakit Wanita Semakin Meningkat Dan Membimbangkan!

_______________________________________________________

m e m p e r k e n a l k a n

JOSHI PAD

Tuala wanita keluaran CNI ini dinamakan Joshi Pad atau Ginzaya dalam bahasa Jepun. Produk ni menggunakan teknologi dari negara Jepun. Ianya pasti selamat dan penggunanya dilindungi insurans sehingga RM1 juta. Kehebatan dan kelainan pad ini dengan yang biasa adalah seperti di bawah:

1. F.I.R (Far Infra Red) - membunuh aktiviti bakteria

Mencegah kutu, kulat dan virus dan membunuh 99.9% aktiviti bakteria yang menyebabkan gatal-gatal, jadi dapat tidur lena pada waktu malam kerana tidak terganggu oleh gatal-gatal di tepi peha/celahnya.

Kesan jangka masa panjang bakteria adalah mengundang kanser pangkal rahim. Kajian menunjukkan 83% wanita dalam dunia terdedah kepada jangkitan faraj yang boleh menyebabkan sakit fibroid atau kanser pangkal rahim!

2. F.I.R (Far Infra Red) – ia juga melancarkan perjalanan darah

Memastikan peredaran darah berjalan lancar dan turun sepenuhnya.

Menarik darah beku yang tertinggal di dalam rahim yang menjadi punca senggugut.

3. P.F.P (Pelapik resapan udara) – kekalkan kekeringan dan menyahkan bau

Lapisan yang mengekalkan kekeringan yang maksima dan tidak melekit.

Menyahbau yang terhasil dari gas ammonia yang dikeluarkan dari darah haid.

4. S.A.P (Super Absorbent Polymer / Polimer Serapan Super) – lapisan sehala (one way)

Fungsinya ibarat Lukah... 'Ikan dah masuk tidak dapat keluar lagi'.

Menghalang kebocoran dan tahan sehingga 5 kali basahan, jadi banyak mana pun darah ianya tak akan tembus (meresap).

Menurut kajian pakar sakit puan, wanita asia secara purata mengeluarkan 60ml cecair sahaja tetapi S.A.P Joshi Pad mampu menyerapkan cecair sehingga 70ml.

5. Bentuk yang unik

Ultrathin - hanya senipis 2mm dan hanya sepanjang 245mm (day use) dan 360mm (night use) mudah dibawa kemana-mana.

Sayap bergam - untuk mengekalkan kedudukan walaupun sewaktu aktiviti lasak.

Pelindung Stereoskopik - ada di kedua-dua bahagian tepi pad untuk mencegah kebocoran.

Rekaan Corong - ada di lapisan atas untuk menghindari kebocoran belakang.

SESUAI UNTUK WANITA DAN JUGA LELAKI!

Joshi Pad juga boleh digunakan oleh kaum lelaki setiap hari dan mudah dibawa kemana sahaja. Ia boleh diguna semasa bekerja atau pun dirumah. Anda boleh menggunakan Joshi Pad ini diwaktu dan ketika:

1. Demam - ambil sahaja sekeping Joshi Pad dan letak didahi.

2. Sakit pinggang & keletihan - tampalkan dibahagian pinggang anda.

3. Mengalami buasir – pakai bersama2 seluar dalam anda.

4. Topi keledar berbau – tampal sahaja di dalam topi keledar tersebut.

5. Dan banyak lagi yang boleh anda cuba sendiri!!!


HARGA:

RM16.20 (20 keping) (Boleh dipakai sehingga 2 bulan)

HUBUNGI:

Nana: 013 244 1388 / 012 6304588

Zack: 019 208 0922 / 017 638 4636

Makanan untuk Minda Anda!


PENGENALAN

Era K-ekonomi menyaksikan perkembangan pesat teknologi maklumat dan penekanan pada hasil dan keberkesanan. Daya belajar yang tinggi, daya ingatan yang baik, jalan fikiran yang jelas dan kepintaran adalah kunci untuk mengekalkan daya saing dan semua ini akan tercapai melalui otak yang sihat dan cerdas. Justeru itu dalam era ini, kecerdasan otak adalah lebih penting daripada kecergasan badan.

Otak merupakan organ yang terpenting dalam tubuh manusia dan justeru itu, ia harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Masyarakat zaman moden hari ini banyak menghabiskan masa dan tenaga dalam menjaga dan memelihara kesihatan jantung dan otot, tapi lalai terhadap keperluan otak. Mengapa fungsi otak perlu dipelihara sepanjang hayat? Walaupun saiz otak manusia kurang daripada 3% saiz tubuh badan namun tenaga yang diperlukan ialah 20% daripada keseluruhan tenaga yang digunakan oleh tubuh. Jelas sekali, ia merupakan pengguna tenaga terbesar dan seseorang tidak harus lalai dalam membekalkan nutrien yang mencukupi kepada otak. Fungsi otak mesti dipelihara untuk melambatkan kemerosotan otak, meningkatkan daya saing dan meningkatkan keyakinan.

Menurut kajian sains, daya ingatan dan keupayaan belajar seseorang mempunyai kaitan yang rapat dengan metabolit dalam otak terutamanya bahan-bahan nutrien yang diperlukan oleh otak, sekatan terhadap sintesis protein dalam otak boleh menjejaskan daya ingatan dan keupayaan belajar dengan ketara. Sebaliknya, pembekalan nutrien-nutrien tertentu dapat mempercepatkan proses pembelajaran dan ingatan. Jadi kecerdasan otak akan terjejas jika otak mengalami kekurangan nutrien untuk satu jangka waktu panjang. Jelas sekali, otak kita perlu dibekalkan dengan nutrien yang mencukupi seperti asid amino, sakarida, lemak, peptida, vitamin, zat galian dan lain-lain. CNI Young Intelmax ialah nutrien tambahan untuk menguatkan fungsi dan kecerdasan otak yang dihasilkan oleh Universiti Perubatan China Beijing dan beberapa institut perubatan di negeri china lebih 10 tahun dahulu. Kandungan CNI Young Intelmax ialah Walnut, Chinese Wolfberry, Isi longan, Jujube Seed, Lily bulb, Hoelan dan Glukosa.
Ciri Keistimewaan CNI Young Intelmax

1. Bahan-bahan semulajadi yang mempunyai nilai terapi dan makanan

Nutriennya diekstrak dengan menggunakan teknologi perubatan Barat dan khasiatnya sebagai ubat dan makanan dalam perubatan Timur dipelihara sepenuhnya, selamat dijadikan makanan kesihatan harian yang sesuai untuk semua golongan.

2. Semua nutrien keperluan otak dalam satu tablet

CNI Young Intelmax ialah pati ekstrak yang dihasilkan secara saintifik di bawah kawalan yang ketat. Ia sarat dengan nutrien untuk menguatkan fungsi otak dan kecerdasan minda, menentang keletihan, menentang kekurangan oksigen, menambahkan pengaliran darah ke otak, menentang pengoksidaan untuk menghapuskan “sampah” dalam otak yang boleh merosakkan sel-sel otak seperti radikal bebas, plumbum dan raksa. Nutrien dalam CNI Young Intelmax juga berkhasiat mententeram dan melindungi saraf di samping mengawalatur hormon. Ambil CNI Young Intelmax untuk menambah nutrien yang diperlukan oleh otak secara menyeluruh.

3. Keberkesanan tinggi

Kesan CNI Young Intelmax cepat. Kebaikannya dapat dirasai dalam masa singkat dengan dosej yang sesuai, kesannya dapat bertahan sepanjang hari malah lebih lama. CNI Young Intelmax ialah pemakanan menguatkan fungsi otak dan kecerdasan minda yang sukar ditemui di pasaran. Hasil gandingan keunggulan Barat dan Timur ini melahirkan nutrien tambahan yang tiada tandingan keberkesanannya.
Fungsi Utama CNI Young Intelmax

1. Meningkatkan daya ingatan.
Kekurangan nutrien atau nutrien tidak seimbang yang sering berlaku pada otak boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel otak, malah menyebabkan sel-sel otak mengalami penuaan dan degenerasi sehingga menjejaskan fungsi penghantaran mesej saraf otak. Dalam keadaan ini, serebrum tidak dapat menerima mesej dengan cekap dan tidak berupaya menafsir kod-kod mesej dan menyimpan mesej, lebih-lebih lagi “mencatatkan” ingatan dengan berkesan. Salah satu fungsi nyata CNI Young Intelmax ialah meningkatkan daya ingatan. Bahan-bahan yang digunakan seperti isi rong walnut dan Chinese Wolfberry mengandungi pelbagai asid amino, vitamin dan kaya dengan fosforus. Zat besi dan unsur surih lain dan bahan-bahan seperti asid linoleik, pentosan dan pilosakarida yang lain juga berkhasiat kepda kesihatan otak. Semua bahan ini berupaya meningkatkan paras chefalin, merangsang aktiviti saraf otak agar otak sentiasa berada dalam keadaan segar dan cergas, meningkatkan daya kesensitifan penerimaan mesej dan penyimpanan ingatan serta seterusnya meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar.

2. Meningkatkan daya tumpuan.
Dalam proses pembelajaran, keupayaan kita menumpukan perhatian banyak bergantung kepada sejauh manakah diri kita dipengaruhi oleh emosi. Daya tumpuan kita sebenarnya dikawal oleh neurotransmitter. Pembekalan nutrien yang mencukupi kepada neurotransmitter utama membolehkan kita memusatkan perhatian dan berasa aman dan tenang. Ramuan CNI Young Intelmax: Lily bulb, Jujube Seed, Hoelen dapat menentang keletihan, meningkatkan daya tahan kekurangan oksigen, menenangkan minda dan saraf, meningkatkan daya tumpuan dan daya imun.

3. Meningkatkan kecergasan otak.
Bekalan darah dan oksigen yang mencukupi kepada otak membolehkan otak berfungsi dengan cergas. Otak yang cergas pula memperkukuhkan daya tumpuan dan daya ingatan. Tekanan pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan menyebabkan “bahan api” dalam badan kita berkurangan dengan begitu cepat. Otak menjadi “lapar” (kekurangan nutrien), lesu dan hilang daya tumpuan sehingga menjejaskan daya kognitif kita. Ramuan CNI Young Intelmax: Lily bulb, Jujube Seed , isi longan, hoelen dan glukosa berkhasiat melawan keletihan, meningkatkan daya tahan kekurangan oksigen, menambah bekalan darah kepada otak dan meningkatkan paras tenaga dalam otak agar otak kita sentiasa berasa dalam keadaan segar dan cergas.

Harga:
30 biji - RM74.40
60 biji – RM144.00

Sila hubungi:
Zack – 019 208 0922 / 017 638 4636
Nana – 013 244 1388 / 012 630 4588