Monday, October 26, 2009

Makanan untuk Minda Anda!


PENGENALAN

Era K-ekonomi menyaksikan perkembangan pesat teknologi maklumat dan penekanan pada hasil dan keberkesanan. Daya belajar yang tinggi, daya ingatan yang baik, jalan fikiran yang jelas dan kepintaran adalah kunci untuk mengekalkan daya saing dan semua ini akan tercapai melalui otak yang sihat dan cerdas. Justeru itu dalam era ini, kecerdasan otak adalah lebih penting daripada kecergasan badan.

Otak merupakan organ yang terpenting dalam tubuh manusia dan justeru itu, ia harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Masyarakat zaman moden hari ini banyak menghabiskan masa dan tenaga dalam menjaga dan memelihara kesihatan jantung dan otot, tapi lalai terhadap keperluan otak. Mengapa fungsi otak perlu dipelihara sepanjang hayat? Walaupun saiz otak manusia kurang daripada 3% saiz tubuh badan namun tenaga yang diperlukan ialah 20% daripada keseluruhan tenaga yang digunakan oleh tubuh. Jelas sekali, ia merupakan pengguna tenaga terbesar dan seseorang tidak harus lalai dalam membekalkan nutrien yang mencukupi kepada otak. Fungsi otak mesti dipelihara untuk melambatkan kemerosotan otak, meningkatkan daya saing dan meningkatkan keyakinan.

Menurut kajian sains, daya ingatan dan keupayaan belajar seseorang mempunyai kaitan yang rapat dengan metabolit dalam otak terutamanya bahan-bahan nutrien yang diperlukan oleh otak, sekatan terhadap sintesis protein dalam otak boleh menjejaskan daya ingatan dan keupayaan belajar dengan ketara. Sebaliknya, pembekalan nutrien-nutrien tertentu dapat mempercepatkan proses pembelajaran dan ingatan. Jadi kecerdasan otak akan terjejas jika otak mengalami kekurangan nutrien untuk satu jangka waktu panjang. Jelas sekali, otak kita perlu dibekalkan dengan nutrien yang mencukupi seperti asid amino, sakarida, lemak, peptida, vitamin, zat galian dan lain-lain. CNI Young Intelmax ialah nutrien tambahan untuk menguatkan fungsi dan kecerdasan otak yang dihasilkan oleh Universiti Perubatan China Beijing dan beberapa institut perubatan di negeri china lebih 10 tahun dahulu. Kandungan CNI Young Intelmax ialah Walnut, Chinese Wolfberry, Isi longan, Jujube Seed, Lily bulb, Hoelan dan Glukosa.
Ciri Keistimewaan CNI Young Intelmax

1. Bahan-bahan semulajadi yang mempunyai nilai terapi dan makanan

Nutriennya diekstrak dengan menggunakan teknologi perubatan Barat dan khasiatnya sebagai ubat dan makanan dalam perubatan Timur dipelihara sepenuhnya, selamat dijadikan makanan kesihatan harian yang sesuai untuk semua golongan.

2. Semua nutrien keperluan otak dalam satu tablet

CNI Young Intelmax ialah pati ekstrak yang dihasilkan secara saintifik di bawah kawalan yang ketat. Ia sarat dengan nutrien untuk menguatkan fungsi otak dan kecerdasan minda, menentang keletihan, menentang kekurangan oksigen, menambahkan pengaliran darah ke otak, menentang pengoksidaan untuk menghapuskan “sampah” dalam otak yang boleh merosakkan sel-sel otak seperti radikal bebas, plumbum dan raksa. Nutrien dalam CNI Young Intelmax juga berkhasiat mententeram dan melindungi saraf di samping mengawalatur hormon. Ambil CNI Young Intelmax untuk menambah nutrien yang diperlukan oleh otak secara menyeluruh.

3. Keberkesanan tinggi

Kesan CNI Young Intelmax cepat. Kebaikannya dapat dirasai dalam masa singkat dengan dosej yang sesuai, kesannya dapat bertahan sepanjang hari malah lebih lama. CNI Young Intelmax ialah pemakanan menguatkan fungsi otak dan kecerdasan minda yang sukar ditemui di pasaran. Hasil gandingan keunggulan Barat dan Timur ini melahirkan nutrien tambahan yang tiada tandingan keberkesanannya.
Fungsi Utama CNI Young Intelmax

1. Meningkatkan daya ingatan.
Kekurangan nutrien atau nutrien tidak seimbang yang sering berlaku pada otak boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel otak, malah menyebabkan sel-sel otak mengalami penuaan dan degenerasi sehingga menjejaskan fungsi penghantaran mesej saraf otak. Dalam keadaan ini, serebrum tidak dapat menerima mesej dengan cekap dan tidak berupaya menafsir kod-kod mesej dan menyimpan mesej, lebih-lebih lagi “mencatatkan” ingatan dengan berkesan. Salah satu fungsi nyata CNI Young Intelmax ialah meningkatkan daya ingatan. Bahan-bahan yang digunakan seperti isi rong walnut dan Chinese Wolfberry mengandungi pelbagai asid amino, vitamin dan kaya dengan fosforus. Zat besi dan unsur surih lain dan bahan-bahan seperti asid linoleik, pentosan dan pilosakarida yang lain juga berkhasiat kepda kesihatan otak. Semua bahan ini berupaya meningkatkan paras chefalin, merangsang aktiviti saraf otak agar otak sentiasa berada dalam keadaan segar dan cergas, meningkatkan daya kesensitifan penerimaan mesej dan penyimpanan ingatan serta seterusnya meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar.

2. Meningkatkan daya tumpuan.
Dalam proses pembelajaran, keupayaan kita menumpukan perhatian banyak bergantung kepada sejauh manakah diri kita dipengaruhi oleh emosi. Daya tumpuan kita sebenarnya dikawal oleh neurotransmitter. Pembekalan nutrien yang mencukupi kepada neurotransmitter utama membolehkan kita memusatkan perhatian dan berasa aman dan tenang. Ramuan CNI Young Intelmax: Lily bulb, Jujube Seed, Hoelen dapat menentang keletihan, meningkatkan daya tahan kekurangan oksigen, menenangkan minda dan saraf, meningkatkan daya tumpuan dan daya imun.

3. Meningkatkan kecergasan otak.
Bekalan darah dan oksigen yang mencukupi kepada otak membolehkan otak berfungsi dengan cergas. Otak yang cergas pula memperkukuhkan daya tumpuan dan daya ingatan. Tekanan pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan menyebabkan “bahan api” dalam badan kita berkurangan dengan begitu cepat. Otak menjadi “lapar” (kekurangan nutrien), lesu dan hilang daya tumpuan sehingga menjejaskan daya kognitif kita. Ramuan CNI Young Intelmax: Lily bulb, Jujube Seed , isi longan, hoelen dan glukosa berkhasiat melawan keletihan, meningkatkan daya tahan kekurangan oksigen, menambah bekalan darah kepada otak dan meningkatkan paras tenaga dalam otak agar otak kita sentiasa berasa dalam keadaan segar dan cergas.

Harga:
30 biji - RM74.40
60 biji – RM144.00

Sila hubungi:
Zack – 019 208 0922 / 017 638 4636
Nana – 013 244 1388 / 012 630 4588

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.