Thursday, October 29, 2009

Mi Segera Sedap Berkhasiat!

PENGENALAN
Mi segera kerap menjadi pilihan makanan alternatif bagi semua golongan termasuklah golongan bujang mahupun berkeluarga. Ini kerana ianya sedap dan mudah untuk dihidangkan. Namun, kebanyakan mi segera yang ada di pasaran tidak mengandungi nilai khasiat yang baik dan diperlukan oleh tubuh badan. Pengambilan mi segera yang biasa terdapat di pasaran dengan terlalu kerap mendedahkan tubuh badan kepada pelbagai jenis penyakit kerana kebanyakannya hanya menumpukan kepada rasa yang sedap tanpa mengambilkira faktor kesihatan.

Oleh hal yang demikian, Mie Sehati Ginseng CNI dihasilkan bukan sahaja untuk menepati citarasa yang enak, malah juga mengandungi nilai khasiat yang tinggi. Anda mempunyai dua pilihan samada untuk menikmati rasa ayam bawang atau ayam soto.

KHASIAT YANG TERKANDUNG DI DALAM MIE SEHATI GINSENG CNI

1. Nilai kalsium menyamai segelas susu

Sepaket Mie Sehati Ginseng CNI mengandung kalsium yang setara dengan kalsium dalam 1 gelas susu. Kalsium sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan tulang dan gigi. Kalsium dalam Mie Sehati dapat memenuhi keperluan tubuh akan kalsium sebanyak 45-50 % AKG.

Berdasarkan hasil kajian Widyakarya Pangan dan Gizi LIPI tahun 2004, kanak-kanak berusia 1-6 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 mg, usia 7-9 tahun sebanyak 600 mg, dan usia 10-18 tahun sebanyak 1000 mg. Angka keperluan gizi ini adalah jumlah zat gizi yang dianjurkan untuk dimakan setiap hari untuk memelihara kesihatan tubuh secara optimal.

Sedemikian pentingnya manfaat kalsium untuk pertumbuhan anak, banyak ahli gizi menganjurkan anak untuk memenuhi keperluan kalsiumnya melalui susu karena dalam satu gelas susu terkandung kalsium sebesar 358 mg. Sayangnya, ada beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak tidak mahu meminum susu, contohnya tidak suka dengan rasanya atau karena mengidapi lactose intolerance. Jadi, CNI Mie Sehati dapat menggantikan peranan susu dalam hal memenuhi keperluan kalsium susu yang diperlukan oleh anak anda.

2. Mengandungi ginseng

Ginseng mengandungi banyak khasiat, dan telah digunakan oleh masyarakat Cina sejak lima ribu tahun dahulu. Nama botanikal ginseng, Panax Ginseng telah diberikan oleh seorang saintis Rusia pada 150 tahun yang lalu. Panax bermaksud “panacea” iaitu Penawar untuk semua jenis penyakit. Di antara khasiat ginseng adalah seperti berikut:

1. Memperlahankan penuaan; agar muda-remaja dan cergas
2. Meningkatkan pengeluaran sel darah merah
3. Meningkatkan tenaga, stamina dan ketahanan
4. Mencegah terkencing semasa tidur
5. Memulihkan masalah jantung, limpa dan menguatkan fungsi paru-paru
6. Menenangkan fikiran dan merangsang fungsi mental
7. Melancarkan perkumuhan disamping menghilangkan dahaga

3. Mengandungi oligosakarida

Kandungan oligosakarida pada Mie Sehati CNI dapat memberikan manfaat serat makanan bagi tubuh. Serat makanan sangat baik diambil untuk menjaga kesehatan pencernaan dan meningkatkan daya tahan tubuh.

KESIMPULAN

Jadi jika anda inginkan mi segera, pilihlah Mie Sehati Ginseng CNI, mi segera yang bermutu untuk diri anda sendiri dan keluarga tercinta!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.