Wednesday, October 28, 2009

GINSENG DAN PERUBATAN

PENGENALAN

Selain penggunaan royal jelly atau susu lebah dalam produk-produknya, CNI juga banyak mengunakan ginseng sebagai kandungan utama beberapa produk seperti kopi, teh, koko, mi sehati, dan sebagainya. Sebenarnya, khasiat kesihatan ginseng telah terbukti sejak dahulu lagi dan telah disahkan juga oleh kajian sains. Masyarakat Cina telah menggunakannya sejak lima ribu tahun dahulu. Ia telah dicatatkan dalam rekod perubatan Sheng Nong Beng Cao Jing sebagai herba perubatan yang disanjung tinggi dan boleh dimakan secara berterusan dan tidak mempunyai kesan sampingan toksid.

Nama botanikal ginseng, Panax Ginseng telah diberikan oleh seorang saintis Rusia pada 150 tahun yang lalu. Panax bermaksud “panacea” iaitu Penawar untuk semua jenis penyakit. Ginseng juga dikenali kerana khasiat penyuburnya di Yuan qi iaitu tenaga penjana kehidupan, memulihkan limfa dan menguatkan fungsi paru-paru, menenangkan fikiran dan merangsang fungsi mental. Memulihkan rasa lemah badan, melancarkan perkumuhan disamping menghilangkan dahaga.

Selepas bijinya ditanam, ginseng mengambil masa sekurang-kurangnya enam tahun untuk tumbuh, berbunga, berbuah, dan matang. Para peladang memetik kudup bunga ginseng sebelum ia sempat kembang dan berbuah supaya khasiat di dalam akarnya tidak digunakan untuk bunga dan buah. Bunga dan buah ginseng akan mengurangkan saiz dan berat akar lalu menurunkan harganya. Beberapa tahun kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan bahawa buah ginseng mempunyai khasiat kesihatan yang lebih daripada akarnya.

ASAL-USUL PENGGUNAAN GINSENG

Pada zaman dahulu, buah ginseng dihidangkan untuk raja-raja sahaja. Menurut rekod yang ada, semenjak dari Dinasti Tang lagi (618-907 sebelum Masihi), buah ginseng disajikan sebagai makanan pencuci mulut raja sahaja.

Li Shi Zhen dalam Grand Materia Medica Beng Cao Gang Mu menjelaskan,”…, akar ginseng ini berbentuk seperti manusia. Kemiripan ini menyebabkan ia dianggap mempunyai roh, lalu dinamakan ginseng, iaitu herba suci. Ia kononnya dikurniakan kuasa penghidup daripada syurga dan bumi. Ia juga dinamakan sebagai khasiat dalam tanah dan khasiat mukabumi”. Pada zaman dahulukala, manusia mengenali ginseng melalui bentuknya yang berupa manusia dan kerana kemujarabannya yang amat tinggi iaitu setinggi jarak bumi ke langit. Tu Jing Gang Mu menceritakan tentang kemujaraban ginseng, “dua orang lelaki sedia untuk berlumba lari. Seorang daripada mereka menggigit sehiris ginseng di mulutnya. Mereka berlumba sejauh 2-3 km. Lelaki yang tidak menghiris ginseng terus-terusan berusaha untuk menarik nafas, manakala lelaki yang menggigit ginseng bernafas seperti sediakala. Ini membuktikan khasiat ginseng”.

KEISTIMEWAAN BUAH GINSENG (RAJA GINSENG)

Baru-baru ini, buah ginseng telah menarik perhatian ramai kerana ia didapati mempunyai empat kali ganda lebih banyak saponin atau ginsenosides-fitokomia (kimia tumbuhan) di dalam ginseng berbanding dengan akar ginseng.Sekumpulan saponin memiliki tindakan merangsang (yang), manakala kumpulan lain mempunyai tindakan menstabilkan (Yin). Tindakan kedua-dua kumpulan saponin ini adalah diimbangi di dalam buah ginseng, yang membantu menambah kesihatan badan. Oleh kerana itu tidak dapat dinafikan kebanyakan khasiat ginseng datangnya daripada buah ginseng. Ini ditunjukkan oleh analisa berikut yang yang dijalankan oleh Profesor Kawamura daripada Pusat Penyelidikan Farmakologi Tokyo.

Kemujaraban buah ginseng bukan sahaja disebabkan oleh ketinggian kandungan saponinnya, malah kerana ketiadaan Rb l yang memanaskan. Ia memiliki saponin yang lebih berkhasiat iaitu Re yang tidak memanaskan badan. Kajian dan ujian klinikal telah membuktikan bahawa Rb l menaikkan paras kolesterol dalam darah manakala Re menurunkannya. Kajian tersebut juga menyimpulkan bahawa buah ginseng adalah mujarab untuk mengatasi sakit jantung dan masalah kepupusan fungsi otak. Ia juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko pengerasan salur darah.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Hiroshima menunjukkkan bahawa buah ginseng mengandungi 30 kali ganda lebih banyak saponin Re, bila dibandingkan dengan akarnya. Re merangsang penghasilan hormon pembesaran untuk membina semula atau mengganti tisu badan, mengaktifkan macrophage, iaitu sel darah putih yang menyingkirkan toksin dan menjalankan immunoglobulin termasuklah lgA, lgG, lgM iaitu antibodi yang menentang virus serta bakteria.

Saponin ginseng khasnya Re dan Rgl meningkatkan sintesis unsur genetik : DNA dan RNA yang diperlukan untuk metabolisma sel darah dan tisu badan. Ini dapat membantu melegakan masalah anemia di samping menguatkan otot serta membaiki kulit.

Buah ginseng adalah kaya dengan asid amino, vitamin dan zat galian. Jika dibandingkan dengan akar ginseng, buah ginseng didapati mengandungi 5.4 kali lebih banyak zink, 9 kali lebih banyak zat besi dan 2.6 kali lebih banyak manganis. Buah ginseng juga mengandungi lebih banyak potassium, kalsium, magnesium dan tembaga.

Kajian telah membuktikan bahawa kandungan saponin dan khasiat yang lebih tinggi telah menyebabkan buah ginseng lebih mujarab daripada akarnya. Ginseng dianggap sebagai Raja segala Herba, manakala buah ginseng sebagai Raja ginseng.

Berikut adalah ujian yang dilakukan ke atas binatang menunjukkan perbezaan apabila suntikan saponin daripada buah dan akar ginseng dibuat:

Stamina dan ketahanan dalam ujian berenang
Tanpa Sebarang Ginseng - 35 minit
Akar Ginseng - 74 minit
Buah Ginseng - 74 minit

Tempoh masa selamat semasa ketiadaan oksigen
Tanpa Sebarang Ginseng - 68 minit
Akar Ginseng - 136 minit
Buah Ginseng - 160 minit


KHASIAT DARIPADA SAPONIN BUAH GINSENG DALAM PERUBATAN

1. MEMPERLAHANKAN PENUAAN; AGAR MUDA-REMAJA DAN CERGAS

Saponin ginseng khasnya Re dan Rg l meningkatkan sintesis DNA dan RNA yang diperlukan untuk metabolisma sel darah dan tisu badan. Ini membantu melegakan masalah anemia disamping menguatkan otot dan membaiki kulit.

Dengan menyeimbangkan elektrolit dan mencegah pengeringan cecair badan, saponin ginseng barjaya mencegah kehilangan lembapan daripada kulit.Kesemua ini bertindak untuk melambatkan penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat, mempercepatkan penukaran sel yang lanjut usia, melancarkan penghasilan hormon pertumbuhan yang diperlukan untuk metabolisma sel, merangsang pertumbuhan rambut serta menghitamkan rambut beruban.

Kajian penyelidikan yang dijalankan di Intitut Penyelidikan Perubatan dan Farmakologi Cina, Institut Penyelidikan Perembesan Endokrin Shanghai, Institut Penyelidikan Penyakit Kardiovaskular Bandar Tianjin , telah menunjukkan bahawa saponin buah ginseng membantu mengatasi masalah diabetis dan pengerasan salur darah yang menjadi punca penyakit Senile Dementia, iaitu kepupusan fungsi otak di kalangan orang yang lanjut usia. Kajian juga telah menunjukkan bahawa saponin buah ginseng berjaya meningkatkan ingatan jangka pendek, kelajuan, ketajaman dan daya konsentrasi mental.

Institut Perubatan dan Farmakologi Cina telah menjalankan penyelidikan keatas kesan ginseng di dalam memperlahankan proses penuaan di kalangan lelaki dan wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Seramai 433 orang lelaki dan wanita mengambil 25 mg saponin buah ginseng tiga kali sehari manakal 327 orang lelaki dan wanita mengambil placebo (kapsul yang tidak mengandungi ubat). Selepas dua bulan, para penyelidik mendapati bahawa saponin buah ginseng memperlahankan proses penuaan. Ini ditunjukkan melalui peningkatan paras cAMP di dalam darah dan pengambilan oksigen di dalam otak. cAMP adalah unsur yang bertanggungjawab menghantarkan isyarat ke dalam sel untuk menggunakan oksigen dan unsur lain bagi menghasilkan tenaga.

Orang yang lanjut usia sering merungut kerana sering pening kepala, sakit dada, lesu, tiada selera makan dan sukar tidur lena. Dalam kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik Istitut Perubatan dan Farmakologi Cina ke atas 1,000 orang lanjut usia yang mengambil 150 mg saponin buah ginseng setiap hari selama dua bulan, dilaporkan bahawa ia berjaya melegakan tanda-tanda sakit tersebut dengan ketara.

Dengan mengambil 150 mg saponin buah ginseng selama dua bulan :
- Paras gula darah penghidap diabetis menurun sehingga 60% daripada paras sebelum memakan saponin buah ginseng.
- Mereka yang mempunyai paras kolesterol dan trigliserid yang tinggi mengalami penurunan yang ketara.

2. MENINGKATKAN PENGELUARAN SEL DARAH MERAH

Melalui kajian yang dijalankan ke atas kesan saponin buah ginseng terhadap masalah anemia, 75% daripada jumlah pesakit yang memasuki Hiospital Pertama yang berkait dengan Universiti Perubatan Zheijiang, telah beransur pulih.

Peningkatan kesihatan di kalangan pesakit di Sekolah Perubatan Suzhou pula dicatatkan sebanyak 52.3%. Sukatan yang diberikan ialah 100 mg saponin buah ginseng, dimakan 3 kali sehari selama 4 bulan.

3. MENINGKATKAN STAMINA DAN KETAHANAN

Saponin ginseng juga didapati boleh meningkatkan tenaga dan melegakan kelesuan yang kronik. Pelbagai ujian yang dijalankan ke atas ahli sukan telah menunjukkan bahawa ginseng berjaya meningkatkan prestasi mereka dengan ketara. Penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Widodo Prawirohardjono dari Fakulti Farmasi, Universiti Gadjah Mada telah menunjukkan saponin buah ginseng dengan ketaranya :

1. Memendekkan masa yang diambil oleh pelajar untuk menyudahkan larian turun-naik tangga.

2. Meningkatkan pengambilan oksigen semasa bernafas.

Sementara kajian yang dijalankan oleh Profesor Dr. Masahiro Uchikee, ketua Klinik kecantikan Akupuntur Ushikee, dan ketua anggota Penyelidik di Makmal Perubatan Barat dan Timur, Universiti Perubatan Tradisional Cina, Beijing telah membuktikan bahawa saponin buah ginseng mencegah pertambahan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan dalam bentuk lemak

Pelbagai kajian telah menunjukkanbahawa saponin buah inseng meningkatkan ketahanan pada altitud tinggi dengan paras oksigen yang rendah di udara.

4. MENCEGAH TERKENCING SEMASA TIDUR

Di dalam satu kajian yang dijalankan oleh Hospital Kilang Koc Chang Chun, seramai 20 oarang lelaki dan 22 orang wanita yang sering terkencing semasa tidur telah diberi makan saponin buah ginseng. Sukatan yang diberikan ialah 75-200 mg setiap hari, tertakluk kepada umur. Selepas dua bulan, 42% telah pulih sepenuhnya, 21% mengalami peningkatan yang ketara manakala 19% mendapati saponin buah ginseng ini membantu mengurangkan sedikit masalah terkencing semasa tidur. 18%tidak mengalami sebarang perubahan.

5. MEMULIHKAN MASALAH JANTUNG

Re menurunkan paras lipid ketumpatan rendah iaitu “kolesterol jahat” di dalam darah lalu mencegah timbunan lemak pada salur darah yang menghalang aliran darah serta meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Timbunan lemak yang dibentuk oleh kolesterol, bila beredar di dalam darah, akan melekat kepada protien. Ia bertindak bersama saponin lain untuk menormalkan tekanan darah, meningkatkan fungsi jantung serta melegakan arrhythmia, iaitu degupan jantung yang tidak teratur.

Di dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan dan Farmakologi Cina serta Institut Penyelidikan Penyakit Kardiovaskular Bandar Tianjin, seramai 107 orang lelaki dan wanita berusia di antara 17-79 tahun yang menghadapi masalah degupan jantung tidak teratur telah mengambil 25 mg saponin buah ginseng dua kali sehari di sepanjang tempoh dua minggu pemerhatian dibuat. Mereka yang tidak mengalami sebarang perubahan selepas dua minggu telah ditambahkan sukatannya kepada 50 mg, dan diambil dua kali sehari. Keseluruhannya dilaporkan mengalami peningkatan. 80% daripada mereka, kekerapan degupan jantung tidak teratur berkurangan sebanyak 50%. Manakala 20% daripada mereka, kekerapan
masalah itu menurun kurang daripada 50%

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai institut-institut penyelidikan perubatan, maka tidak dapat dinafikan bahawa ginseng mengandungi pelbagai khasiat yang boleh mencegah penyakit serta dapat menjaga kesihatan badan. Ia bukan sahaja digunakan untuk mengubati penyakit malahan dapat mengekalkan kecantikan diri seperti kulit, yang mana saponin ginseng boleh mencegah kehilangan lembapan daripada kulit serta dapat merangsang pertumbuhan rambut. Oleh kerana itu wajarlah jika ginseng ini diberi gelaran sebagai “Raja Herba” berdasarkan khasiat serta keberkesanannya dalam perubatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.